Petang semalam anak saya terserempak dengan seekor cicak yang dilaporkan mati di lantai dapur. Kami pindah mayat Si Cicak ke atas meja pemerhatian untuk mengenalpasti punca kematian ~ Cause of Death (C.O.D.)

Cicak Mati

Si Cicak ini nampak sihat dan gemuk belaka, maka sudah tentu bukan mati sebab kelaparan. Ekornya tidak putus, tentu bukan mati sebab kekejutan atau diserang. Rasanya cicak ini mungkin mati sebab kesesakan nafas ekoran daripada masalah jerebu yang semakin teruk.

Penemuan ini memberi satu kesedaran yang sangat penting, ia menerangkan kenapa kes denggi meningkat apabila tibanya “musim jerebu”… Sudah tentu cuaca yang kering dan panas merupakan faktor yang menggalakkan pembiakan nyamuk Aedes. Apa yang saya mahu bincang adalah bagaimana jerebu meningkatkan lagi kadar pertumbuhan nyamuk Aedes dan diekori dengan perningkatan kes demam denggi.

Di dalam ecosystem yang semula jadi dan seimbang, setiap makhluk terdapat pemangsa semula jadinya yang menghadkan pertumbuhan populasi. Pemangsa semula jadi nyamuk yang paling utama adalah haiwan seperti katak, biawak, cicak dan haiwan-haiwan lain yang makan serangga.

Jerebu ini tidak cukup tebal sampai boleh bunuh nyamuk seperti fogging oleh Jabatan Kesihatan. Kalau jerebu tebal sampai boleh bunuh nyamuk, rasanya manusia sendiri akan mati dulu sebelum nyamuk mati! Namun, jerebu yang menyerang negara ini sejak tahun 2014 sudah cukup kuat untuk membunuh atau merencatkan pertumbuhan populasi katak dan cicak yang merupakan pemangsa semula jadi nyamuk.

Gangguan kesimbangan ecosystem ini menyebabkan kehilangan “limiting factor” yang menyekat pertumbuhan populasi nyamuk Aedes. Ekoran daripada masalah jerebu yang semakin serious, kes demam denggi mula meningkat dengan mendadak sejak tahun 2014 dan trend ini berterusan sehingga tahun 2015. Kalau masalah jerebu tidak diselesaikan dengan segera, rakyat sekitar Asia Tenggara akan diancam dengan macam-macam masalah kesihatan di luar kawalan pihak berkuasa.

denguecasesmalaysia_0602_840_453_100