Denggi bermula dengan demam yang berlarutan untuk beberapa hari. Ekoran daripada kerisauan, biasanya pesakit akan jumpa doktor sekali lagi dan apabila doktor ketahui demam sudah lebih daripada 3 hari, maka dia akan ambil sampel darah untuk ujian kandungan platelet darah. Apabila dapati bacaan platelet darah kurang daripada julat sihat, doktor akan klasifikasinya sebagai kes denggi.

Jika bacaan di bawah 100, doktor akan cadangkan pesakit untuk tinggal dalam wad hospital supaya keadaan boleh dimonitor oleh pihak hospital. Biasanya pesakit hanya akan disalurkan dengan air garam melalui drip dan pesakit akan disuruh rehat sahaja. Setakat ini, rawatan demam denggi langsung tak buat apa-apa terhadap virus denggi langsung! Mereka cuma harapkan sistem imunisasi badan untuk bina antibodi yang cukup untuk lawan virus denggi.

Apabila platelet darah turun di bawah 30 dan terdapat perdarahan dalaman, biasanya di bahagian perut maka doktor akan tolak pesakit masuk ke dalam wad ICU di mana rawatan demam denggi yang lebih intensif akan diberikan. Jika anda ingin tahu tentang keberkesanan rawatan demam denggi di dalam ICU, sila baca artikel saya yang bertajuk “Demam Denggi – Apa Doktor Buat Di Dalam ICU?”

Saya bukan nak menafikan kepentingan perubatan moden, tetapi persoalan saya adalah keberkesanan prosedur rawatan demam denggi yang diamalkan di negera ini. Pesakit denggi telahpun menyebabkan wad-wad di hospital kerajaaan penuh sampai lebih daripada kapasiti, dan ini akan menyebabkan pesakit lain yang lebih memerlukan rawatan di wad hospital terpaksa cari alternatif lain yang lebih mahal.

Saya bukanlah kata pesakit denggi tidak layak untuk tinggal di dalam wad, saya cuma harap pihak yang terlipat boleh mula lihat masalah denggi ini dari perspektif yang baru supaya boleh menemukan satu cara rawatan demam denggi yang lebih efektif dan jimat. Selain daripada cuba untuk menghasilkan vaksin denggi (masih gagal), kita perlu lihat sifat-sifat lain virus denggi yang kita boleh “kacau” untuk membantutkan perkembangannya supaya badan kita ada masa yang cukup untuk menghasilkan antibodi untuk lawan virus ini.

Konsep asid dan perebakan virus denggi yang dicadangkan di dalam ubat.denggi.net boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pihak perubatan untuk memulakan arah baru dalam perjuangan mengatasi demam denggi. Mineral alkali aktif seperti Alkalainaas mungkin merupakan rawatan demam denggi yang sejati…