Demam denggi telah semakin berleluasa pada zaman moden ini. Ini adalah disebab semakin ramai orang berpindah ke kawasan bandar yang padat atas faktor ekonomi. Ekoran daripada perkembangan populasi yang pasat di kawasan bandar, permintaan perumahan turut meningkat dengan mendadak. Demi memenuhi permintaan pasaran semakin meningkat, ramai pemaju mula melancarkan projek-projek perumahan. Ini menghasilkan banyak tapak pembinaan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Tambahan lagi populasi di kawasan bandar adalah sangat padat, ini memudahkan perebakan virus denggi melalui nyamuk aedes. Setiap orang yang hidup di kawasan bandar  ada kemungkinan menjadi mangsa demam denggi yang seterusnya. Malah, bukan sahaja satu kali, mungkin dijangkiti denggi kali kedua dan ketiga!

Jika seseorang itu dijangkiti demam denggi buat kali pertama, peluang penyembuhannya adalah tinggi, iaitu sekitar 95%. Badan adalah ‘reserve’ sum-sum tulang yang cukup untuk menghasilkan platelet yang cukup untuk menahan sistem darah daripada runtuh. Tulang adalah ‘bekalan kecemasan’ badan apabila berhadapan dengan penyakit yang kritikal.

Malah, bukan senang untuk mengganti sum-sum tulang yang telah digunakan dalam masa yang singkat. Jadi jika seseorang itu telah menggunakan sebahagian besar resab sum-sum tulang untuk melawan serangan pertama, ini bermakna dia tidak mempunyai kuasa penahan yang cukup untuk melawan serangan yang kedua, khasnya jika serangan kedua berlaku dalam tempoh masa yang singkat iaitu kurang daripada 2 tahun.

Maka, ia adalah sangat penting untuk pesakit denggi yang pernah diserang denggi untuk ‘bayar hutang’ dengan mengganti balik sum-sum tulang yang telah digunakan untuk selamatkan nyawa dia pada kali pertama, ini membolehkan dia bersedia untuk melawan serangan denggi kali kedua.

=> http://ubat.denggi.net/