1 MALAYSIA Lawan Demam Denggi

Rahsiah Kembalikan Bacaan Platlet Darah


Tanda-Tanda Demam Denggi

Tanda-tanda demam denggi adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap jangkitan tersebut. Berikut merupakan beberapa peringkat Demam tersebut.

Demam Denggi Panas
Ini merupakan peringkat yang paling ringan, seseorang pesakit itu boleh mengalami beberapa atau semua gejala denggi berikut:

Demam panas sehingga 40.6 darjah Celsius
• Sakit kepada dan sakit belakang
• Tompoh-tompok ruam merah pada permukaan kulit yang muncul dan hilang selepas beberapa hari dan kemudian muncul lagi
• Sakit pada sendi dan otot
• Sakit di belakang mata
• Rasa muntah-muntah dan cirit birit
Tanda-tanda tersebut biasanya mulai muncul 4 – 7 hari selepas digigit oleh nyamuk aedes. Demam denggi panas jarang menyebabkan kematian dan biasanya akan sembuh dalam masa seminggu.

Demam Denggi Berdarah
Demam denggi jenis ini biasanya bermula dengan cara yang sama seperti Demam Denggi Panas biasa dan ia mula menjadi semakin teruk selepas beberapa hari. Demam jenis bahaya ini menunjukkan tanda-tanda demam denggi biasa bersamaan gejala tambahan berikut:
Penurunan tahap platlet darah yang ketara
Pendarahan di bawah kulit yang menghasilkan tompok-tompok merah unggu seperti kena tumbukan.
Pendarahan pada hidung, mulut dan gusi gigi
Kerosakan pada system aliran darah dan limfa
Kematian

Kejutan Demam Denggi (Dengue Shock)
Jenis ini merupakan bentuk denggi yang paling parah atau ketara. Tanda-tanda kejutan denggi adalah seperti berikut:
Kekaburan fikiran
Sakit perut yang ketara
Muntah-muntah dan cirit-birit
Pendarahan dalaman dan luar yang banyak
Penurunan tekanan darah yang mendadak
Kematian serta-merta

Perlu ambil perhatian bahawa beberapa tanda-tanda denggi mungkin wujud lagi selepas seseorang pesakit itu sembuh daripada demam denggi.
Jika anda rasai beberapa tanda-tanda yang telah dibincangkan dan sangsi anda mungkin dijangkiti denggi, sila berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mengenalpasti kesahihan jangkitan.


Published by pakartcm, on December 19th, 2010 at 1:04 pm. Filled under: Demam Denggi,Nyamuk Aedes. Tags: , , | 25 Comments |