1 MALAYSIA Lawan Demam Denggi

Rahsiah Kembalikan Bacaan Platlet Darah


Demam Denggi – Apa Doktor Buat Di Dalam ICU?

Demam denggi semakin berleluasa di Malaysia, khasnya pada musim panas. Ia bermula dengan demam panas yang berlarutan, pesakit akan rasa sakit-sakit pada tulang. Doktor biasanya istihar seseorang pesakit itu ada demam denggi jika bacaan platelet darah rendah daripada julat sihat iaitu, antara 150,000 to 400,000 per cubic millimeter. Jika bacaan platelet turun di bawah 100,000 pesakit akan dicadang untuk check-in ke wad hospital demi keselamatan.

Apa yang kelakar adalah doktor bukannya ada apa-apa ubat yang boleh lawan virus denggi, pesakit hanya dipasang drip dan disuruh rehat, rehat, dan rehat. Tiada apa-apa yang boleh dibuat, kita hanya boleh tunggu badan bina antibodi yang cukup untuk lawan virus denggi. Tetapi kalau keadaan menjadi semakin kritikan di mana bacaan platelet sudah turun terlalu rendah sehingga di bawah 20, doktor akan tolak pesakit ke dalam wad ICU.

Selepas masuk ke dalam wad ICU, doktor akan mula bagi rawatan “Cocktail”. Badan pesakit akan dicucuk dengan macam-macam ubat kimia yang dikawal dengan elektronic slow pump. Ada ubat yang bertujuan untuk kawal tekanan darah, ada ubat yang bertujuan kuatkan jantung, ada ubat yang elakkan pembekuan darah, adalah ubat yang naikkan tekanand darah tinggi.

Persoalannya adalah apakah tindak balas di antara ubat-ubat ini? Bagaimana mereka memastikan bahawa badan pesakit tidak akan melalui ‘shock’ ekoran daripada tindak balas ubat-ubat kimia kuat ini?

Hakikat yang ‘ironic’ adalah… Jika pesakit itu berjaya melawan virus denggi dan sembuh, jasa akan dikreditkan kepada doktor dan ubat-ubat kimia yang telah digunakan. Tetapi, jika pesakit itu meninggal di dalam ICU, mereka akan salahkan virus denggi atau kata badan pesakit tak cukup kuat untuk melawan virus. Tiada orang berani menyoalkan sama ada pesakit itu “dibunuh” oleh ubat-ubat kimia yang dimasukkan ke dalam badan dalam tempoh yang singkat.


Published by pakartcm, on June 16th, 2015 at 1:39 am. Filled under: Demam Denggi. Tags: , , | No Comments |

3 LANGKAH Mengatasi Demam Denggi

Ekoran daripada pembangunan yang pesat, terdapat banyak tapak pembangunan atau rumah kosong terbiar yang mempunyai banyak tempat yang boleh takung air. Takungan air ini adalah tapak pembiakan nyamuk aedes yang merupakan agen pembawa virus denggi. Pada musim hujan, takungan-takungan air terbiar akan dibilas oleh air hujan dan tiada peluang bagi nyamuk aedes untuk membiak.

Tetapi apabila musim kering yang panas, nyamuk aedes akan bermula membiak dengan aktif dan menyebarkan virus denggi dengan pesat. “Musim Denggi” ini yang menyebabkan hampir semua wad-wad di hospital penuh dengan pesakit demam denggi.

Sungguhpun seseorang pesakit demam denggi itu ‘berjaya’ mendapat satu ruang katir di hospital, rawatan yang diberi kepada pesakit hanya adalah drip air garam atau sedikit antibiotik. Setakat ini, tiada apa-apa ubat denggi atau vaksin yang boleh lawan virus denggi. Badan pesakit sendiri perlu bina antibody sendiri untuk lawan serangan virus.

Jadi, pesakit sendirilah yang perlu mengambil langkah mengatasi demam denggi. Jika harapkan doktor atau jururawat, jawapan yang diberi adalah “Sila tunggu dan rehat”. Doktor hanya ambil perhati apabila keadaan menjadi kritikal dan perlu ditolak masuk ke wad ICU.

Jangan tunggu sampai kena tolak masuk ke ICU, selepas berada di dalam, peluang untuk keluar dengan hidup adalah 50% sahaja. Jadi, anda perlu mengambil langkah mengatasi demam denggi seperti yang dicadangkan di bawah:

Makan banyak buah-buah dan sayur-sayuran segar (salad) 

Ini boleh membekal nutrien dan vitamin yang penting untuk sistem imunasi melawan virus denggi.

Kurangkan atau berhenti makan daging atau kekacang

Daging dan kekacang mengandungi protein yang tinggi yang akan menjadikan darah lebih berasid. Virus denggi perlu keadaan yang berasid untuk membiak dan sebar.

Minum air alkali ionik dengan kerap

Air alkali ionik yang beralkali tinggi boleh merencatkan perkembangan virus denggi dan memberi peluang badan untuk membina antibody yang cukup untuk melawan virus denggi.

Itulah 3 langkah mengatasi demam denggi yang mudah dan masuk akal. Anda boleh cuba macam-macam rawatan tradisional seperti minum sup ketam, jus daun betik atau jus peria pahit, tetapi yang penting adalah amalkan 3 langkah mengatasi demam denggi yang dicadangkan dulu sebagai langkah pertahanan.


Published by pakartcm, on May 26th, 2015 at 2:23 am. Filled under: Demam Denggi,Nyamuk Aedes. Tags: , , | No Comments |

Tanda-Tanda Demam Denggi

Tanda-tanda demam denggi adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap jangkitan tersebut. Berikut merupakan beberapa peringkat Demam tersebut.

Demam Denggi Panas
Ini merupakan peringkat yang paling ringan, seseorang pesakit itu boleh mengalami beberapa atau semua gejala denggi berikut:

Demam panas sehingga 40.6 darjah Celsius
• Sakit kepada dan sakit belakang
• Tompoh-tompok ruam merah pada permukaan kulit yang muncul dan hilang selepas beberapa hari dan kemudian muncul lagi
• Sakit pada sendi dan otot
• Sakit di belakang mata
• Rasa muntah-muntah dan cirit birit
Tanda-tanda tersebut biasanya mulai muncul 4 – 7 hari selepas digigit oleh nyamuk aedes. Demam denggi panas jarang menyebabkan kematian dan biasanya akan sembuh dalam masa seminggu.

Demam Denggi Berdarah
Demam denggi jenis ini biasanya bermula dengan cara yang sama seperti Demam Denggi Panas biasa dan ia mula menjadi semakin teruk selepas beberapa hari. Demam jenis bahaya ini menunjukkan tanda-tanda demam denggi biasa bersamaan gejala tambahan berikut:
Penurunan tahap platlet darah yang ketara
Pendarahan di bawah kulit yang menghasilkan tompok-tompok merah unggu seperti kena tumbukan.
Pendarahan pada hidung, mulut dan gusi gigi
Kerosakan pada system aliran darah dan limfa
Kematian

Kejutan Demam Denggi (Dengue Shock)
Jenis ini merupakan bentuk denggi yang paling parah atau ketara. Tanda-tanda kejutan denggi adalah seperti berikut:
Kekaburan fikiran
Sakit perut yang ketara
Muntah-muntah dan cirit-birit
Pendarahan dalaman dan luar yang banyak
Penurunan tekanan darah yang mendadak
Kematian serta-merta

Perlu ambil perhatian bahawa beberapa tanda-tanda denggi mungkin wujud lagi selepas seseorang pesakit itu sembuh daripada demam denggi.
Jika anda rasai beberapa tanda-tanda yang telah dibincangkan dan sangsi anda mungkin dijangkiti denggi, sila berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mengenalpasti kesahihan jangkitan.


Published by pakartcm, on December 19th, 2010 at 1:04 pm. Filled under: Demam Denggi,Nyamuk Aedes. Tags: , , | 25 Comments |

Pengenalan Kepada Denggi dan Puncanya

Demam denggi dalah satu penyakit yang berpunca daripada jangkitan salah satu daripada 4 jenis virus denggi yang sudah dikenalpasti. Virus-virus denggi biasanya disebarkan oleh spesies nyamuk yang tertentu, salah satu jenis yang popular adalah Nyamuk Aedes.

Untuk jenis jangkitan denggi yang biasa, mangsa tersebut akan mengalami demam tinggi, ruam pada kulit, dan rasa sakit pada otot dan sendi. Tetapi kalau jangkitan tersebut adalah jenis yang serius dan ketara, mangsa tersebut mungkin mengalami pendarahan yang teruk dan juga penurunan tekanan darah yang serta-merta sehingga membawa maut.

Setakat ini, masih tiada sebarang rawatan yang khusus untuk demam denggi. Walau bagaimanapun, kebanyakan pesakit denggi akan sembuh dengan sendiri. Tetapi bagi mereka yang mendapat denggi jenis yang kronik, dia perlu tinggal beberapa hari di hospital untuk mendapatkan rawatan rapi. Setiap tahun, terdapat berjuta-juta kes jangkitan denggi berlaku di seluruh dunia. Kebanyakan kes denggi berlaku di kawasan perbandaran di negara-negara sekitar tropikal dan sub-tropikal.

Punca Demam Denggi

Demam denggi berdarah disebabkan oleh salah satu daripada empat jenis virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk jenis Aede aegypti. Nyamuk jenis ini biasanya bertumbuh di sekitar kawasan yang berdekatan dengan kawasan tinggal manusia, ini adalah kerana nyamuk aedes lebih cenderung untuk membiak di dalam takungan air tenang yang bersih.

Nyamuk aedes boleh berpindah-pindah virus denggi di antara manusia. Apabila seekor nyamuk menghisap darah orang yang telah dijangkiti denggi, virus denggi akan memasuki aliran darah nyamuk dan kemudiannya merebak ke air liur nyamuk. Apabila nyamuk yang sudah dijangkiti ini menggigit orang lain, virus denggi akan masuk ke dalam aliran darah mangsa baru dan mula merebak dengan pantas dan menyebabkan demam denggi.

Seseorang itu boleh dijangkiti of virus denggi lebih daripada satu kali, demam denggi kali kedua biasanya berlaku apabila seseorang bekas demam denggi itu dijangkit oleh virus denggi yang berlainan daripada pertama kali. Ini adalah kerana imunasi yang dibina pada jangkitan kali pertama itu tiada sebarang kesan ke atas virus denggi baru. Jangkitan denggi kali kedua biasanya lebih serius dan memudaratkan berbanding dengan jangkitan pertama.


Published by pakartcm, on December 16th, 2010 at 10:20 am. Filled under: Demam Denggi,Nyamuk Aedes. Tags: , , | 22 Comments |